
Lima Manfaat Utama Rafa Ener-G Pendant
- Membersihkan darah - Ion negatif dapat meningkatkan lima unsur utama dalam darah (Nitrogen, oxygen, calcium, sodium dan potassium) yang menjadikan darah kita lebih bersih dan beralkali.
- Membaiki sel - Tubuh manusia terdiri daripada kira-kira 6 trillion sel. Ion negatif membantu menyediakan nutrien ke seluruh badan dan menjadikan pergerakan sel lebih aktif. Ini akan mempercepatkan lagi proses memperbaiki sel-sel yang rosak serta meningkatkan kandungan kalsium yang diperlukan oleh otot untuk bergerak lebih aktif terutamanya otot jantung.
- Meningkatkan daya tahan tubuh - Gamma globulin merupakan salah satu jenis protein yang bertindak sebagi serum dan antibodi yang membentuk sistem pertahanan tubuh. Apabila ion negatif di dalam tubuh meningkat kandungan gamma globulin dalam darah juga meningkat. Oleh itu, ion negatif secara tidak langsung membantu memperkuatkan daya tahan tubuh terutama daripada serangan virus dan bakteria.
- Meningkatkan keupayaan sistem saraf autonomi - Ion negatif membantu sistem saraf autonomi mengawal darah dan organ-organ dalam badan untuk memastikan kesihatan badan berada pada tahap yang optimum.
- Mengurangkan rasa sakit - Ion negatif akan meningkatan pengionan kalsium, menghasilkan endorphins dan enkephalins serta membantu memulihkan tubuh daripada letih dan lesu. Ia juga mampu membaiki peredaran darah dan menghilangkan rasa sakit.

Kesan Menggunakan Rafa Ener-G Pendant
Sebelum(kiri) & Selepas(kanan) memakai Rafa Ener-G pendant
II Perubahan Suhu Tubuh 

Sebelum(kiri) & Selepas(kanan) memakai Rafa Ener-G pendant
Perbezaan suhu badan dapat dilihat dari aliran darah di bawah kulit. Jika aliran darah kuat dan cepat maka suhu badan akan naik, tetapi jika aliran darah lemah dan perlahan maka suhu badan akan turun. Perhatikan perbezaan gambar kiri dan kanan. Setelah memakai Rafa Ener-G Pendant (kanan), di dapati, kawasan sekitar leher menjadi merah. Ini menunjukkan suhu yang lebih tinggi dan wujudnya peningkatkan aliran darah dalam badan.
III Perubahan sel darah merah
Bukan sekadar cakap kosong, buktinya...?
SIJIL PENGIKTIRAFAN RAFA Ener-G PENDANT
Sijil yang dikeluarkan oleh KIFA (Korea Far Infra Red Association) ini mengesahkan jumlah ion negatif yang terkandung dalam Pendant ini adalah sebanyak 2,124 CC.

Sijil ini pula menunjukkan pendant ini mengandungi 91.2% F.I.R

Keputusan ujian menggunakan Negative Ion Tester
FIR (FAR INFRARED RAY)
Far Infrared Ray (Sinar Inframerah Gelombang Panjang) merupakan sebahagian daripada spektrum sinar matahari yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Sinar ini disebut juga sinar Bio-Genetik (panjang gelombang 6-14 mikron). Sinar Bio-Genetik telah terbukti oleh para ilmuwan membantu pertumbuhan dan perkembangan sel terutamanya pada manusia, haiwan dan tumbuhan. FIR yang dibawa oleh sinar matahari membantu mempercepatkan proses pembuangan toksik yang tersembunyi jauh di dalam badan (detoksifikasi) dan ini membuat kita berasa lebih segar. Sinar infra merah juga diyakini mampu melambatkan proses penuaan.
FIR juga mempunyai kesan yang baik kepada penderita diaphoresis (gangguan pernafasan), menghilangkan rasa sakit, menghilangkan logam berat, sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah tidur berdengkur, menghilangkan bau, mencegah pembiakan kulat, menghilangkan lembapan dan membersihkan udara.
Terapi FIR digunakan secara meluas untuk mengubati penyakit kanser, gastrik, pembengkakan kelenjar prostat, hemorrrhoids(buasir), menopause, herpes zoster (cacar air), lumbago & raynaud(kekejangan) serta mengatasi masalah keputihan (leucorrhea).
(Sumber diambil dari tesis Dr. Cruiser dari Universiti Barkley, Dr. Moore dari Universiti Michigan dan Dr. Yamano dari Universiti Tokyo.)
ION NEGATIF
Udara di sekitar kita mengandung banyak ion positif dan negatif. Ion-ion ini terbentuk secara semulajadi akibat radiasi dari sinar kosmik, gelombang elektromagnetik, sinar matahari, cahaya lampu, air terjun dan sebagainya.
Kajian menunjukkan, kepekatan ion negatif yang tinggi ditemui di punca-punca air dan kawasan hijau. Berikut adalah perbandingan kepekatan ion negatif:
- hutan rimba (sekitar 50,000 ion per cm3)
- air terjun (sekitar 10,000 - 14,000 ion per cm3)
- kawasan pergunungan (5,000 ion per cm3)
- pantai (sekitar 5,000 ion per cm3 )
- taman hijau(400 – 600 ion per cm3)
- sungai (400 ion per cm3)
- perumahan di bandar (40 – 50 ion per cm3)
- ruang berhawa dingin (0 – 25 ion per cm3) -terendah!
Ion negatif memberi kesan yang baik kepada kesihatan sehingga ia disebut sebagai "Vitamin Udara”. Kajian mendapati, untuk mengekalkan kesihatan, badan manusia memerlukan antara 1,000 – 5,000 ion per cm3 ion negatif.
MINERAL
Mineral memainkan peranan penting dalam pembentukkan struktur tulang, membantu tugas enzim, membantu peredaran zat melalui membran sel, memelihara kepekaan otot dan saraf serta diperlukan dalam proses pembekuan darah. Mineral yang diperlukan oleh badan manusia boleh terbahagi kepada 2 kelas, iaitu makromineral dan mikromineral. Makromineral ialah mineral yang diperlukan tubuh dalam jumlah yang besar seperti kalsium, fosforus, magnesium, besi, iodin, dan kalium. Sebaliknya mikromineral adalah mineral yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit seperti tembaga, kobalt, mangan, fluorin dan zink. Sekiranya badan kita kekurangan bekalan mineral-mineral tersebut, badan kita akan bertindak mengambilnya dari otot, hati dan juga tulang.
Dr. William Strain, Direktor Laboratorium Trace Elements, Universiti Case Western telah menjalankan kajian terhadap 16,000 ribu orang di Amerika Syarikat. Hasil daripada kajian tersebut, beliau mendapati hampir 100% responden mengalami kekurangan mineral. Menurut beliau, unsur mineral sangatlah penting bagi tubuh manusia, namun rata-rata kita telah mengabaikannya dalam menu pemakanan harian. Semakin banyak mineral yang hilang, semakin tinggilah risiko untuk mendapat penyakit seperti osteoporosis, gangguan sendi, penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, serta pelbagai penyakit degeneratif. Semakin lama seseorang mengambil air yang tidak mengandungi unsur mineral, maka semakin besar kemungkinan tubuh mengalami kekurangan mineral.





0 comments:
Post a Comment